Friday, 21 February 2014

Pengalaman Kereta Kena Tarik dan Prosedur Keluarkan Kembali

Dua hari lepas kawan saya didatangi agen tarik kereta. Dia tengah bersiap nak pergi kerja, apabila sampai di keretanya, seorang agen tarik kereta dah pun menunggu beliau. Memandangkan dia pun takde pengalaman kereta ditarik dan tak tahu apa nak dibuat lalu menyerahkan keretanya kepada agen tu.

Saya ada baca di satu forum, sepatutnya kita ada hak untuk tunggu sampai bank bukak, call bank dan runding dengan bank jika kita mampu untuk langsaikan baki tertunggak pada bank pada waktu tertentu untuk elak kereta ditarik pada waktu tu jugak. Atau kita call bank untuk sahkan kereta kita ditarik untuk elakkan sebarang penipuan.

Langkah-langkah yang telah diambil kawan saya tu lepas keretanya ditarik, beliau call AmBank untuk tanyakan berapa perlu dia bayar untuk ambil balik keretanya. Pegawai bank tu beritahu, full settlement... bermakna 3 bulan tertunggak RM1344, kos tarik kereta sebanyak RM600, dan storage sehari RM10. Dia cakap dia tak mampu bayar sebanyak itu, dan dia disuruh pergi ke Menara AmBank di Jalan Yap Kwan Seng untuk sebarang negotiation.

Memandangkan kawan saya tu tak mampu nak bayar haritu jugak, time tengah-tengah bulan ni dan sekarang patah kaki pulak nak pergi kerja, beliau terpaksa meminta tolong dari beberapa orang rakan. Esoknya baru dia pergi ke Menara Ambank untuk buat perundingan.

Di menara Ambank tu, kena naik tingkat 2 untuk urusan ni. Jumpa pegawai bank, dia disuruh juga buat full settlement, dan dia cakap dia tak mampu, mintak kurangkan sikit. Pegawai bank tu jumpa pulak bos beliau, untuk approval kurangkan jumlah yang perlu dibayar, akhirnya jumlah tu dapat dikurangkan sikit, 3 bulan settlement, RM200 upah tarik, storage 2 hari RM20, jumlah yang perlu bayar adalah RM1450. baki upah tarik RM400 tu perlu bayar jugak hujung bulan nanti.

Nak bayar tu kena pegi Ground Floor, buat payment, lepas tu naik tingkat 2 semula, jumpa pegawai bank tadi untuk tunjuk resit pembayaran dan dapatkan surat keluarkan kereta. Surat tu kena bawak pegi ke storage kereta, baru boleh keluarkan kereta. Dah settle semua pembayaran dan dah dapat surat, dia pergi ke Hulu Langat lokasi tempat kereta yang di tarik dan serahkan surat.

Alhamdulillah semuanya dah selesai dan dia dah pun dapat semula kereta beliau, cuma apa yang dia perasan dalam keretanya, beberapa barang dan kotak seperti telah diselongkar. Tiada barang yang hilang. Barang berharga dah dikeluarkan awal-awal lagi. Cuma hati-hati lah pada sesiapa yang baca post ni, jangan tinggalkan barang berharga dalam kereta anda. Sekian.

19 comments:

  1. Kenapa sy pnya kos tarik smpai 4k mcm xmasuk akal

    ReplyDelete
  2. Kereta sy viva basic.. 660.. kos tarik 779 dan lokasi kereta d tarik kajang lokasi simpan kereta seremban.. penganiayaan yg x dpt sy terima..

    ReplyDelete
  3. Sy lagi teraniaya. .Surat tarik tak terima... Dah Deal dgn org Bank bayar tunggakan 2 bulan sebelum 25hb...... Kete Baru tertunggak 2 bulan .. Sekali 23hb kete ditarik dgn Towing ketika Sy X ada pun kt situ.. Sedar2 Kete dah xde.. Bila g Maybank.. Doing suh bayar tunggakan + kos tambahan sebanyak 1000....600 kos upah tarik n towing..lgi 400 kos ntah ape yg bank kenekan.. .kejam.. Sangat kejam. . Total sy bayar 2340...tu tak termasuk upah simpan kt stor 2 hari n upah amik gambar katanya ...Bayar kt stor masa amik kete.. X pepasal rugi 1k..boleh bayar Kete 2 bulan tu... Kejam Maybank!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau xnak kereta ditarik oleh bank, tlg lahh buat bayaran on time setiap bulan! Buat apa benda nak kata banyak ni, u salah bukan bank tau

      Delete
    2. Yang bnyk komen org xboleh terima. Kos tarik tu. Mngalahkan harga bayar kereta sebuln. Dahla bank yg mtk towing. Hujung2 kos sndri kena tanggung.. xke mnyusahkn org!

      Delete
  4. Saya tertunggak 4 bulan pegawai mybank suruh byr RM1840 selepas semingu saya nak byr diaorg suruh byr RM3100�� saya minta kurangkan amount diorg tak blh bg..mcm mana saya nak cari duit sampai RM3000? Rm1840 ni adalah ...kenapa bank tak blh nego? Sekurang2nya kita byr bukan tak byr��

    ReplyDelete
  5. sama lah dgn kes saya dekat sabah nie, da skrg kete dlm kandang, jumlah tunggakkn rm1280 dah kol lgi lps tu jumlah dah naik gile rm2571, mane nak cari duit mcm tu kite nak bayar tunggak kn pon da payah da

    ReplyDelete
  6. Are you tired of seeking loans and Mortgages,have you been turned down constantly By your banks and other financial institutions,We offer any form of loan to individuals and corporate bodies at low interest rate.If you are interested in taking a loan,feel free to contact us today,we promise to offer you the best services ever.Just give us a try,because a trial will convince you.What are your Financial needs?Do you need a business loan?Do you need a personal loan?Do you want to buy a car?Do you want to refinance?Do you need a mortgage loan?Do you need a huge capital to start off your business proposal or expansion? Have you lost hope and you think there is no way out, and your financial burdens still persists? Contact us (gaincreditloan1@gmail.com)

    Your Name:...............
    Your Country:...............
    Your Occupation:...............
    Loan Amount Needed:...............
    Loan Duration...............
    Monthly Income:...............
    Your Telephone Number:.....................
    Business Plan/Use Of Your Loan:...............
    Contact Us At : gaincreditloan1@gmail.com

    ReplyDelete
  7. Sebanarnya kos tarik kereta berapa ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tk tetap tuan...bergntung pda nilai kreta...jmlah yg tertungak n baki hutang....

      Delete
  8. Kos dia ikut suka hati.. kalau kaya mintak sikit.. klau miskin mintak banyak

    ReplyDelete
  9. teruknya. mmg naya jgalah cari duit kalau krta kna tarik, sy nak settlekan krta sya, hampir 3000. mengs lpas ni mnanggung hutang😢

    ReplyDelete
  10. teruknya. mmg naya jgalah cari duit kalau krta kna tarik, sy nak settlekan krta sya, hampir 3000. mengs lpas ni mnanggung hutang😢

    ReplyDelete
  11. Lepas dah settle duit kt bank,masa nk ambil kereta kena bayar lagi ka upah tarik kereta ?

    ReplyDelete
  12. Lepas dah settle duit kt bank,masa nk ambil kereta kena bayar lagi ka upah tarik kereta ?

    ReplyDelete
  13. Boleh tau tak lokasi tempat peniympanan kereta dekat hulu langat tu..

    ReplyDelete
  14. gila ke nak bayar kt bank sampai 2-4k utk ambik balik kereta buruk yg dah 5-8tahun tu..
    kalau mcm tu, engkorang simpan je la kereta tu....aku simpan duit aku.
    winwin situation

    ReplyDelete